Ketua Polis negeri,  Datuk Aidi Ismail
Ketua Polis negeri,  Datuk Aidi Ismail

Ketua Polis negeri,  Datuk Aidi Ismail berkata, di samping itu, wang tunai RM3,100 serta tiga buah telefon bimbit daripada tiga lelaki tempatan itu yang disyaki sebagai agen turut dirampas.

"Serbuan dilakukan pada 28 Jun, 2 Julai diikuti 4 Julai di dalam premis awam dengan nilai pertaruhan yang kita kesan melalui telefon yang dirampas itu melebihi RM30,000," katanya pemberita ketika menghadiri Majlis Hari Raya Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Aidi berkata, serbuan dibuat semasa perlawanan bola sepak sedang berlangsung dan polis melihat ada aktiviti seumpama itu dan tangkap dibuat ke atas mereka.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953, dan mereka yang berusia dalam lingungan 30-an itu telah dibebaskan atas jaminan polis.

Menurut beliau, pihak polis sentiasa melakukan risikan dana akan mengambil tindakan dengan tegas  bagi membanteras kegiatan perjudian di negeri ini.-UTUSAN ONLINE