Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perogol maut jatuh tingkat 12

Turut terlibat kes samun premis judi di Puchong

Anggota polis memeriksa lokasi seorang suspek rogol dan samun
Anggota polis memeriksa lokasi seorang suspek rogol dan samun terjatuh dari tingkat 12 Projek Perumahan Rakyat Seri Semarak, Kuala Lumpur ketika cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa, kelmarin.

KUALA LUMPUR 19 Mei - Cubaan seorang suspek kes samun dan rogol di sebuah premis perjudian di Bandar Kinrara, Puchong pada 11 Mei lalu untuk melarikan diri gagal apabila lelaki itu terjatuh dari tingkat 12, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 22 tahun itu mati akibat terjatuh setelah cuba keluar dari tingkap dapur rumah­nya selepas polis melakukan serbuan kira-kira pukul 10.10 malam.

“Anggota polis bertindak memecahkan pintu selepas suspek enggan membuka pintu. Suspek kemudiannya dikesan cuba melarikan diri ke unit bawah pangsapuri tersebut dengan bergayut di jeriji dapur.

“Walaupun dipujuk, suspek enggan menyerah diri sebelum terjatuh ke bawah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Megat Mohd. Aminuddin berkata, lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pada 13 Mei lalu, satu video berhubung kejadian samun dan rogol oleh dua lelaki di sebuah premis Puchong, tular di media sosial.

Selasa lepas, seorang wanita warga Indonesia serta lelaki warga Bangladesh berusia 33 dan 34 tahun yang merupakan mangsa kes berkenaan tampil membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Serdang berhubung kes berkenaan.

Seorang lagi suspek yang berusia 26 tahun ditahan di Kuala Selangor.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain