TAN SRI KHALID ABU BAKAR
TAN SRI KHALID ABU BAKAR

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, permohonan itu harus dibuat secara rasmi menerusi mahkamah.

“Sekiranya ia telah dibuat seperti yang didakwa amat mustahil pihak polis tidak mengetahui mengenai permohonan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada wacana ancaman jenayah kewangan dan penggubahan wang haram anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

Pihak peguambela dua warga asing yang dituduh membunuh Jong-nam semasa sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Sepang pagi ini menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pendakwa raya yang masih enggan memenuhi permintaan mereka dalam mendapatkan rakaman CCTV dan dokumen berkaitan kes.

Berhubung empat suspek warga Korea Utara yang dikehendaki polis antarabangsa, Khalid berkata, pihaknya masih menunggu pihak berkuasa Korea Utara untuk menyerahkan keempat-empat suspek tersebut yang masih berada di Pyongyang, Korea Utara. - UTUSAN ONLINE