Suspek berusia 22 tahun itu antara tujuh individu yang ditahan di Singapura pada 20 Disember lalu bagi membantu siasatan kes mangsa yang ditikam dan dilanggar menggunakan kereta dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, enam suspek yang lain berserta seorang lagi suspek yang ditahan di bandar raya ini pada 21 Disember dibebaskan.

Majistret, Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias membenarkan perintah permohonan sambungan reman itu hingga 4 Januari depan. - UTUSAN ONLINE