Dalam dua kes berasingan di Kampung Jabi, Jerteh, Besut, pihaknya menahan seorang penduduk tempatan dan empat warga Indonesia serta merampas haiwan dianggarkan bernilai lebih RM50,000 yang dimilik tanpa lesen.

Pengarahnya, Rahmah Ilias memberitahu pemberita di sini hari ini, haiwan dalam milikan mereka termasuklah burung murai batu, helang bahu hitam, murai belanda, landak raya, memerang, ular sawa burma dan musang.

"Dalam serbuan pertama di rumah yang dihuni empat pekerja kilang papan warga Indonesia ,lapan ekor burung murai batu, dua ekor ayam hutan dan masing-masing seekor burung murai belanda, burung helang bahu hitam dan burung kunyit kacat ditemukan.

"Serbuan kedua pula di sebuah rumah seorang pemandu jentolak warga tempatan tidak jauh dari lokasi pertama pula, ditemukan 10 ekor landak raya, tiga ekor kura-kura, di samping seekor memerang, musang serta ular sawa burma," katanya. - UTUSAN ONLINE