Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perhilitan Johor rampas 247 Murai Batu

Cubaan seludup burung Murai Batu
RENJER Perhilitan, Jaffri Sianipar menunjukkan antara burung Murai Batu yang telah mati dalam sidang akhbar di Jabatan Perhilitan Negeri Wisma Persekutuan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 14 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri ini menumpaskan sindiket penyeludupan spesies hidupan terancam dengan merampas 247 ekor burung Murai Batu dalam satu pemeriksaan di tepi Lebuhraya Utara-Selatan di Kilometer 32.8 berhampiran arah selatan Hentian Kulai, pagi ini.

Pengarahnya, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat awam, pihaknya membuat pemeriksaan ke atas sebuah bas dan kereta yang dalam keadaan mencurigakan pada pukul 6.10 pagi.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati berlaku kegiatan memindahkan 17 bakul berisi burung Murai Batu daripada bahagian bagasi bas ke dalam sebuah kereta jenis Proton dan pihaknya menahan tiga individu berusia dalam lingkungan 40-an.

"Hasil serbuan menemukan sebanyak 247 ekor burung disyaki spesies Murai Batu yang diletakkan dalam 17 buah sangkar yang dianggarkan bernilai RM200,000. Pemeriksaan lanjut mendapati 16 ekor daripadanya mati.

"Dalam serbuan itu, kita menahan seorang pemandu bas warga tempatan dan dua lelaki warga Indonesia," katanya dalam sidang akhbar akhbar, di sini sebentar tadi.

Jamalun Nasir berkata, kes tersebut disiasat mengikut seksyen 60(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan turut disiasat mengikut Seksyen 61 dan Seksyen 62 di bawah akta yang sama. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain