Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kesemua mereka akan dituduh di bawah Seksyen 128 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, berlaku pergaduhan di bengkel tersebut melibatkan pekerja dan pelanggan yang tidak berpuas hati mengenai upah membaiki kenderaan.

Ketidakpuasan hati tentang pembayaran itu menyebabkan pertengkaran kedua-dua pihak yang kemudiannya merebak kepada pergaduhan sebelum mangsa diserang suspek dengan parang dan pemadam api. - UTUSAN ONLINE