Kedua-dua mereka ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri semalam bagi membantu siasatan penyelewengan sebanyak RM180 juta peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sejak 2009 hingga 2015.

Siasatan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, kira-kira 100 penyokong parti Warisan berada di pekarangan mahkamah sejak pukul 1 petang lagi bagi memberi sokongan kepada pemimpin mereka.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dijangka turut hadir memberikan sokongan. - UTUSAN ONLINE