Turut mengaku tidak bersalah, seorang warga tempatan C.T. Moses, 49, yang berasal dari Pasir Gudang, Johor.

Berdasarkan semua kertas pertuduhan, kelima-lima mereka didakwa memperdagangkan lapan wanita warga India berusia antara 26 hingga 40 tahun bagi eksploitasi perkhidmatan seks.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di kaki lima Jalan Wong Ah Fook dan di rumah di Bayu Puteri 1, Taman Bayu Puteri di sini pada tengah malam antara 15 Mac hingga 23 November lalu. - UTUSAN ONLINE