Ketua Komunikasi Korporatnya, Datuk Asmawati Ahmad berkata, jenayah tersebut dikategorikan sebagai penipuan telekomunikasi atau Macau Scam didalangi oleh sindiket dari Taiwan dan China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong termasuk tempatan.

Katanya, Macau Scam melibatkan empat kategori iaitu cabutan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, teknik `spoofing’ (alat penyamaan nombor talian pemanggil) sebagai pegawai polis atau agensi kerajaan serta sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank komersial.

“Orang ramai dinasihatkan supaya jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit. Jangan hubungi semula nombor telefon yang diterima, sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut.

“Mangsa juga dinasihatkan untuk tidak mendedahkan nombor akaun bank, nombor kad mesin juruwang automatik (ATM) atau kad kredit kepada orang yang tidak dikenali dan melayari portal rasmi BNM untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan seumpamanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

habis