Dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota polis kira-kira pukul 1.05 pagi, suspek berusia 18 tahun itu ditahan di rumahnya di Lambor Kanan, Bota dekat sini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, perbuatan itu terbongkar selepas doktor dari Hospital Seri Manjung membuat laporan polis ekoran mendapati mangsa mengandung kira-kira sembilan minggu sewaktu dia mendapatkan rawatan akibat cedera kemalangan ketika menunggang motosikal di Kampung Gajah semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki bernama Jai yang dikenalinya menerusi aplikasi Whatsapp pada Oktober lalu sebanyak tiga kali.

“Perbuatan itu dipercayai berlaku di dua tempat iaitu di rumah kosong Generasi Kedua Changkat Lada dan rumah kosong Lambor Kanan, Bota,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, suspek telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga 19 Mac depan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE