Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam serbuan bermula pukul 10 malam di Kampung Lembah Raja dan Kampung Ekor Kucing, pihaknya menahan 12 lelaki berumur lingkungan 17 hingga 40 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi berkenaan, pihaknya merampas dadah dipercayai heroin seberat 56.6 gram; syabu (10.3 gram) serta 1,750 milimeter air ketum.

“Hasil siasatan mendapati dadah dan air ketum yang dirampas dianggarkan bernilai RM5,273 dan untuk kegunaan sendiri.

“Ujian air kencing yang dilakukan mendapati kesemua yang ditahan positif methamphetamine dan MOP,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1) (a). - UTUSAN ONLINE