Ketika kejadian pada pukul 2.40 petang itu, mangsa, Mohd. Fauzi Ibrahim, 39, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori terbabit berusia 62 tahun yang memandu dari arah Damansara ke Subang telah memberhentikan kenderaannya lokasi kejadian bagi membantu sebuah kenderaan lain yang rosak di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, datang sebuah motosikal yang dipandu mangsa dari arah belakang telah melanggar belakang lori tersebut,” katanya.

Mohd. Zani berkata, rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE

habis