Menurut sumber, wanita berusia 34 tahun itu yang bekerja di sebuah pusat pertanian di Sendayan dekat Rasah ditahan kira-kira pukul 11.25 pagi di sini.

Sumber berkata, pegawai berkenaan didakwa menggunakan kedudukannya untuk melantik suaminya melaksanakan projek menyelenggara Sistem Pengairan Projek Herba bernilai RM10,100.

"Bagi kesalahan berikutnya, wanita terbabit juga didakwa menyalahgunakan kuasa melantik suaminya melaksanakan Projek Menyelenggara Nurseri Herba di Pusat Pertanian Sendayan bernilai RM19,900.

"Wanita itu kini ditahan SPRM bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) Ramli Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai wanita itu tetapi enggan mengulas lanjut. - UTUSAN ONLINE