Tempoh reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Ahmad Shakib Ismail di Mahkamah Sesyen Segamat, di sini hari ini.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di kediamannya di Merlimau, Melaka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 6.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dalam tender kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di maktab berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, suspek disyaki meminta dan menerima wang suapan hampir RM700,000 daripada kontraktor sebagai upah mendapatkan kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di maktab itu antara tahun 2014 dan tahun lalu.

Serbuan di kediaman suspek turut menemukan wang tunai berjumlah RM32,000 yang disimpan dalam tin biskut serta bara­ngan kemas.

Turut dirampas sebuah kereta jenis Toyota Prado yang dianggarkan bernilai RM30,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.