Mayat mangsa berusia awal 30-an yang dijumpai pukul 2.15 petang itu bukan sahaja dipukul menggunakan penukul besi di bahagian kepala, bahkan turut dikerat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mayat lelaki itu ditemukan selepas majikan mangsa membuat laporan polis dan turut membawa dua suspek berusia awal 30a-an ke Balai Polis Taman Megah pukul 12.15 tengah hari tadi.

"Hasil siasatan mendapati mangsa telah dibunuh kira-kira pukul 11 pagi Khamis lalu di sebuah rumah di pangsapuri di Taman Bunga Negara Seksyen 27 di sini sebelum membuangnya ke dalam longkang kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada hari yang sama.

"Buat masa ini, motif kejadian dipercayai disebabkan persaingan perniagaan dengan salah seorang suspek yang kedua-keduanya merupakan penjual kuih. -UTUSAN ONLINE