Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid
Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid berkata, remaja lelaki itu ditahan pada kira-kira pukul 12.18 tengah hari ini di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sik, Sik.

“Pemeriksaan badan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang serta tidak mempunyai rekod lampau. Bagaimanapun, hasil soal siasat awal, remaja mengaku terlibat dalam kes kematian seorang lelaki pada Isnin lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, motif kejadian masih disiasat namun siasatan awal mendapati suspek tersebut ada berhutang dengan mangsa.

Akhbar semalam melaporkan seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman pada bahagian dada serta cedera pada pipi dan tangan di belakang sebuah rumah teres di Taman Arked, Sungai Petani.

Mangsa ditemui oleh seorang suri rumah selepas terdengar suara mengerang kesakitan di belakang rumahnya pada pukul 3 petang, Isnin lalu. - UTUSAN ONLINE