Dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, mangsa berusia 40-an mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok berkata, semua suspek berusia 22 hingga 30 tahun ditahan di sebuah kedai makan di Kampung Terusan Juasseh dekat sini kira-kira sejam selepas kejadian

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, kelima-lima suspek yang menaiki dua buah lori singgah di hutan rekreasi tersebut untuk mandi.

"Mereka kemudian terlihat mangsa menjual ais krim dengan menaiki sebuah motosikal lalu memanggilnya.

"Penjual ais krim itu dipercayai dibelasah menggunakan  topi keledar dan loceng besi hanya kerana dia lambat  datang ke tempat suspek selepas dipanggil," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan menerima beberapa jahitan di kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - UTUSAN ONLINE