Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi itu, suspek berusia 20-an maut ditempat kejadian.

Menurut beliau, terdahulu, sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan mengesan suspek di lokasi tersebut menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan lalu menghampirinya.

“Semasa dihampiri, suspek bertindak agresif dan melepaskan tembakan ke arah polis yang kemudiannya mempertahankan diri dan melepaskan tembakan balas sehingga membunuhnya.

“Hasil pemeriksaan polis menemukan sepucuk pistol, parang dan beberapa batang besi disimpan di dalam beg milik suspek,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pagi ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra.

Razarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - UTUSAN ONLINE