Dalam kejadian kira -kira pukul 3 petang tadi, sepasukan anggota polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai ahli kumpulan berkenaan di sebuah hotel di Sungai Rambai di sini.

Menurut sumber, dua lagi anggota kumpulan berkenaan berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta dan cuba melanggar anggota polis yang membuat serbuan.

“Akibatnya , polis bertindak balas dengan melepaskan satu das tembakan yang mengenai tayar belakang kereta berkenaan namun penjenayah berjaya melarikan diri menuju ke Alma,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, polis kemudian mengejar kereta Kenari yang dipandu penjenayah sejauh 10 kilometer (km) sebelum kereta dipandu suspek terbabas.

“Seorang penjenayah berjaya ditahan manakala seorang lagi melarikan diri ke kawasan hutan kelapa sawit berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE