Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, wanita berusia 41 tahun itu ditahan ketika memberikan keterangan di Ibu pejabat Polis daerah di sini pukul 5.30 petang semalam selepas seorang ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada Jumaat lalu.

“Berdasarkan pemeriksaan perubatan dibuat di Hospital Selayang remaja yang bekerja sebagai tukang urut itu mengalami kecederaan kesan lecur di bahagian badan, mulut dan tangan akibat dipukul dengan senduk panas.

“Malah mangsa juga mendakwa dirogol oleh pelanggan di Sri Petaling namun siasatan mengenainya masih lagi dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kajang di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir menjelaskan polis juga akan mengambil keterangan daripada seorang lagi wanita yang merupakan pemilik pusat kesihatan tersebut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mempunyai masalah kesihatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak- Kanak 2001. - UTUSAN ONLINE