Tertuduh yang berusia 50 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya di kediaman mereka di Air Itam di sini, antara pukul 9.45 hingga 12.30 malam, 20 hingga 21 Disember lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(3)  Kanun Keseksaan dengan membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun atau maksimum 10 sebatan.

Hakim Irwan turut tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Januari depan sebagai tarikh sebutan kes. - UTUSAN ONLINE