Mangsa, Pun Chi Wee ditemukan dengan kesan tembakan di bahagian kepala, leher dan dada.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, mangsa ditemui ibunya yang terdengar bunyi tembakan di hadapan rumahnya.

"Ibu mangsa yang bergegas keluar ternampak seorang individu melarikan diri selepas memasuki sebuah kenderaan berhampiran.

"Sehubungan itu, polis sedang mengesan dua suspek berkenaan bagi membantu siasatan kejadian ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kulai di Ibu pejabat Polis Daerah Kulai, di sini sebentar tadi. - UTUSAN  ONLINE