Kejadian pada pukul 4.45 petang itu mengakibatkan mangsa yang berusia 30 tahun, melecur teruk di bahagian muka.

Difahamkan sebaik sahaja selepas kejadian, mangsa pulang ke rumahnya di Kuala Perlis sebelum dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil menghubungi balai polis berdekatan. - UTUSAN ONLINE