Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan turut memerintahkan tertuduh, Muhammad Nuralif Shaufik Ahmad Fauzi, 25, dihukum penjara lima bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Ridwan Abdullah, 24, di stesen pam minyak Petronas, Sungkai, kira-kira pukul 12.45 tengah hari, pada 6 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam S. Kavitha.

Rakaman video kejadian seorang pekerja stesen minyak di Sungkai yang dipukul oleh pelanggan pada 6 Oktober lalu tular di laman sosial setelah dikatakan tersilap mengisi jenis minyak petrol.

Pekerja tersebut dikatakan tersilap kerana mengisi minyak RON 95 sedangkan pelanggan mahukan minyak RON 97.

Ekoran kejadian itu, suspek telah direman selama tiga hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. - UTUSAN ONLINE