Lelaki berusia 45 tahun dan berasal dari Teluk Intan, Perak itu berada dalam keadaan stabil di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Timbalan Polis negeri, Datuk Din Ahmad berkata, kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu berlaku selepas dua lelaki dikatakan menghampiri mangsa sebelum mendesaknya supaya menyerahkan kunci kenderaan paduan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaikinya.

Katanya, mangsa berkeras untuk tidak menyerahkan kunci tersebut dan suspek terus menunjukkan pistol kemudian melepaskan satu das tembakan.

“Akibat tembakan dari jarak dekat, peluru itu telah menimbusi badan mangsa dan terkena lengan kirinya. Suspek yang gagal melarikan kenderaan tersebut terus melarikan diri selepas kejadian.

“Mangsa kemudiannya terus berlari untuk mendapatkan pertolongan daripada orang ramai dan dibantu seorang peniaga kedai makan dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE