LEE TIOW KEONG
LEE TIOW KEONG

Mayat Lee Tiow Keong, 42, ditemukan oleh seorang rakannya dalam keadaan terbaring di dalam sebuah bilik di tingkat dua premis berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, peniaga berkenaan dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada 48 jam berdasarkan keadaan mayatnya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan oleh pasukan forensik bagaimanapun mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu selain barangan si mati termasuk dompet masih berada di lokasi kejadian.

"Berdasarkan siasatan awal, polis mengesyaki lelaki ini telah membunuh diri dan tidak menolak kemungkinan ia melibatkan urusan pinjaman wang.

"Keadaan bilik tempat mayatnya ditemukan tiada ruang aliran udara malah semua tingkap ditutup rapat serta terdapat kesan abu dipercayai daripada arang," katanya ketika dihubungi, petang ini.

Menurut Afzanizar, mayat peniaga itu dihantar ke Hospital Melaka untuk proses pengecaman oleh waris sebelum bedah siasat dijalankan dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - UTUSAN ONLINE