MOHAMMAD AZLIN SADARI

Mangsa berusia 46 tahun dikatakan menerima panggilan kira-kira pukul 12 tengah hari daripada seorang lelaki yang mendakwa bekerja sebagai pem­bantu am sebuah mahkamah di Jitra, Kedah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mang­sa dimaklumkan dia se­patutnya hadir ke mahkamah di Jitra pada hari kejadian berhubung satu kes membabitkan penggunaan kad kredit.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa menafikan ada menggunakan kad kredit menerusi bank terbabit sebelum panggilannya disambung ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk dia membuat laporan kecemasan.

“Panggilan mangsa disambung kepada seorang lelaki yang kononnya berpangkat sarjan sebelum didakwa dipindahkan ke seorang wanita berpangkat Asisten Superintenden di Unit Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bank Negara.

“Wanita terbabit mengarahkan mangsa memindahkan wang ke akaun penjamin se­mentara un­tuk semakan pi­haknya. Mang­sa­ mem­buat tiga transaksi sebanyak RM33,000 ke nombor akaun yang diberikan,” katanya da­lam satu kenyata­an di sini hari ini.

Mohammad Azlin berkata, selepas me­namatkan panggilan terbabit, mangsa membuka talian ban­tuan Bank Negara untuk membuat semakan berhubung perkara itu.

Katanya, semakan mendapati tiada akaun penjamin sementara seperti didakwa oleh suspek dan menyedari dirinya ditipu sindiket ber­kenaan.

“Kami sedang melakukan siasatan terperinci kes ini mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya.