Suspek berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.50 tengah hari ini di pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, suspek disyaki melakukan perkara tersebut bermula September 2011 hingga November 2012.

“Susulan itu, suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth, Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi esok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE