Sumber berkata, suspek berusia 48 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan aktiviti rasuah berkaitan kerja-kerja pembaikan kapal di sebuah limbungan di bawah seliannya.

Menurutnya, suspek dikatakan meminta wang dalam jumlah yang besar sebagai balasan pemberian kerja-kerja pembaikan kapal gas asli cecair di sebuah limbungan pada tahun 2011 hingga 2012.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahan itu dan berkata, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE