Lee Choon Sen, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 15 Disember 2016 di pejabat SSM negeri di Bangunan KWSP Seberang Jaya di sini, berkenaan butiran permohonan untuk pemotongan nama syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 berhubung status sebenar syarikat itu yang dikatakan tidak pernah menjalankan perniagaan semenjak diperbadankan.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 364 (2) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM250,000 atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE