Suspek berusia 50 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.15 tengah hari tadi di Pejabat SPRM Selangor.

Menurut sumber, suspek tersebut dikatakan telah meminta suapan antara RM500 sehingga RM10,000 dari sebuah syarikat sebagai dorongan meluluskan dan memperbaharui permohonan sewaan tapak perniagaan di seluruh lapangan terbang di negara ini sejak lapan tahun lalu.

“Sehubungan itu, permohonan reman akan dilakukan ke atas suspek esok di Mahkamah Shah Alam bagi siasatan lanjut dibawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE