FADZIL AHMAT
FADZIL AHMAT

Kejadian itu bermula apabila lelaki berusia 38 tahun itu tiba di syarikatnya pada pukul 9 malam untuk menumpang tidur dengan menaiki motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kira-kira pukul 3 pagi, tiga pengawal keselamatan yang bertugas dikejutkan lelaki berkenaan yang memaklumkan bilik kebal tidak berkunci.

“Sebaik tiba di bilik kebal berkenaan, suspek yang membawa senapang kemudiannya mengacu senjata itu di belakang badan tiga pengawal keselamatan terbabit sebelum mengurung mereka di bilik berhampiran.

“Lelaki itu kemudiannya mengambil masa 20 minit untuk membawa RM2.5 juta dalam sebuah beg sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Fadzil memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan serta samun bersenjata. - UTUSAN ONLINE