Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Sri Sanjeevan, 34, di akhir kes pendakwaan.

“Oleh itu, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh. Wang jaminan sebanyak RM2,500 juga dikembalikan,” kata Maizatul Munirah.

Dia didakwa melakukan pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan terhadap Mohamad Azhan Hamza, 34, di Restoran Marakesh, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, di sini pada pukul 9 malam, 22 Mei 2014.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd. Halim manakala peguam S. Preakas mewakili tertuduh. - UTUSAN ONLINE