Suspek berusia 27 tahun itu ditahan di kawasan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina tersebut kira-kira pukul 1.30 pagi ketika bertugas menjaga sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pecah masuk sekolah berkenaan pada Rabu lalu.

“Guru besar sekolah membuat laporan polis selepas selepas dia dimaklumkan oleh Guru Penolong Kanan pejabat guru telah dipecah masuk.

“Kerugian dianggarkan sebanyak RM400 iaitu melibatkan sebuah mikrofon dan wang tunai RM250,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Nik Ros Azhan, hasil siasatan suspek mengaku terlibat dalam kegiatan itu dengan seorang lagi rakannya yang masih bebas.

Katanya, suspek juga didapati mempunyai enam rekod lampau iaitu lima berkaitan dadah dan satu jenayah dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE