Dalam kejadian pada pukul 4.50 petang itu, penjenayah terbabit melarikan diri setelah pengawal keselamatan di premis berkenaan bertindak mengacukan senapang ke arah suspek.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, suspek yang memakai topeng muka itu telah masuk ke kedai emas berkenaan dan memecahkan cermin almari pameran.

Bagaimanapun katanya, pengawal keselamatan di premis itu bertindak mengacukan senapang ke arah suspek dan menyebabkan suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang tidak mempunyai nombor pendaftaran di bahagian hadapan dan belakang kenderaan.

"Tiada kerugian yang dialami pemilik kedai emas berkenaan.

"Polis telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai itu untuk dianalisis dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya. - UTUSAN ONLINE