Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan anggotanya di Jalan Maju, di sini pukul 11 malam.

Ujarnya, pemeriksaan badan terhadap suspek menemukan satu paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu seberat 50.6 gram.

“Polis turut menemukan satu peket plastik biru yang mengandungi 120 biji disyaki dadah seberat 12.85 gram,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggarkan RM4,500 dan suspek dipercayai menjual kepada penagih di sekitar Penaga dekat sini.

Katanya, ujian air kencing terhadap suspek yang mempunyai rekod kesalahan narkotik itu turut positif Methamphetamine.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B , Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE