A. ANBALAGAN
A. ANBALAGAN

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, kanak-kanak kanak perempuan berusia dua tahun itu mengadu sakit tangan ketika dijemput oleh bapa saudaranya daripada taska berkenaan kira-kira kira pukul 5 petang 8 Ogos lalu.

Katanya, bapa kanak-kanak itu kemudian membawa anaknya menjalani pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bandar Perda dan doktor mengesahkan tulang lengan kanan mangsa retak.

“ Polis menahan pengasuh berkenaan yang berusia 18 tahun semalam ketika hadir ke balai polis untuk memberi keterangan namun telah dijamin sehingga siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, taska berkenaan mempunyai empat pengasuh serta 28 kanak-kanak yang dijaga di situ.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) a Akta Kanak - Kanak. - UTUSAN ONLINE