NOORZAINY MOHD. NOOR
NOORZAINY MOHD. NOOR

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima aduan daripada doktor di Hospital Kepala Batas (HKB) di sini, yang memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak disyaki didera berdasarkan kesan lebam pada bahagian dada.

Katanya, siasatan awal mendapati, ibu mangsa menghantar bayinya pada pukul 7 pagi semalam ke rumah pengasuh itu dalam keadaan baik.

“Pengasuh berkenaan kemudian menghantar pesanan aplikasi WhatApss kepada ibu bayi berkenaan  pada pukul 10 pagi memaklumkan terdapat kesan lebam pada badan anaknya dan wanita berkenaan kemudian merujuk anaknya ke hospital,” katanya di sini hari ini.

Noorzainy memberitahu, hasil siasatan mendapati pengasuh berusia 33 tahun itu mengaku mencubit bayi berkenaan kerana berasa geram selepas mangsa tidak berhenti menangis.

“Setakat ini terdapat seorang saksi iaitu anak suspek yang berusia empat tahun yang nampak ibunya mencubit mangsa sehingga menangis,” katanya.

Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek kini direman selama lima hari. - UTUSAN ONLINE