Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, wanita berusia 46 tahun itu ditahan setelah bapa bayi terbabit membuat laporan polis pada pukul 11.04 malam.

Katanya, laporan tersebut dibuat bapa mangsa apabila mendapati terdapat kesan patah pada lengan anaknya.

"Pemeriksaan hospital menemukan terdapat kesan dipulas sehingga menyebabkan tangan mangsa patah.

"Ekoran itu, pihak polis telah menahan pengasuh tersebut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2001," katanya. - UTUSAN ONLINE