Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, mangsa dihantar ibu bapanya ke Hospital Putrajaya pada 24 Oktober lalu.

“Ketika berada di hospital, mangsa mempunyai kesan lebam di bahagian muka dan kecederaan itu berkemungkinan berlaku di rumah pengasuh.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa baru dihantar ke rumah pengasuh selama dua hari untuk dijaga suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Ismadi, suspek telah menjalankan khidmat menjaga bayi di rumahnya di Equine Park, Serdang, dekat sini selama empat bulan dan turut menjaga tiga lagi bayi berumur bawah setahun.

Jelas beliau, tiada pengakuan daripada suspek dan siasatan menyeluruh akan dibuat termasuk mengambil keterangan ibu bapa mangsa.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak. - UTUSAN ONLINE