Sum Chang Keong
Sum Chang Keong

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, wanita itu direman selama tujuh hari hingga Khamis depan bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.

"Bayi tersebut, Muhammad Syahmi Naufal Muhammad Adam Tham disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan di bahagian kepala dipercayai dihentak dan dipukul dengan objek keras," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. -  UTUSAN ONLINE