SPRM negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan mendapati kesemua suspek membuat tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan jalan kampung di sekitar negeri ini sejak tahun 2014.

Kesemua suspek terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan antara 30-an hingga 60-an

Nilai tuntutan bagi tahun ini dianggarkan sebanyak RM2 juta, manakala tahun-tahun terdahulu masih dalam siasatan sedangkan kerja-kerja penyelenggaraan tidak dilakukan.

Kesemua suspek ditahan di Ibu pejabat SPRM negeri kira-kira pada pukul 9 malam semalam dan 9 pagi tadi.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan tersebut dan tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa individu lain akan ditahan berkaitan kes itu.

Difahamkan kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE