Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya menerima 136 laporan daripada orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan syarikat tersebut sejak awal Mac lalu.

Menurutnya, wanita tersebut, Rosemary Ginam ditahan pada 18 Julai lalu bagi membantu siasatan kerana pengelibatannya sebagai pengarah syarikat pelancongan terbabit.

“Polis mengesan melalui tandatangan pada akaun bank yang digunakan mangsa dan dia juga merupakan individu yang dikesan membuat pengeluaran wang dari akaun tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

JSJK mengeluarkan kenyataan demikian bagi merujuk laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang bertajuk ‘Seorang wanita ditahan selama 42 hari tanpa didakwa’. - UTUSAN ONLINE