Datuk K. Jayakumar, 43, yang merupakan Pengarah Sinar Mentari Teknologi Sdn. Bhd. turut didakwa atas 75 pertuduhan memperdayakan Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kotamas) dengan membuat tuntutan palsu melalui invois berjumlah RM20.7 juta.

Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan selepas dibacakan oleh jurubahasa.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, tertuduh didakwa  membuat pemindahan wang sejumlah RM16.5 juta tersebut di antara Mei 2015 hingga Januari 2016.

Mengikut  75 pertuduhan membuat tuntutan palsu, tertuduh didakwa mengemukakan invois palsu pembekalan pakej dua model telefon pintar jenama Samsung di antara Jun hingga Disember 2015.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM600,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 15 Mac ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE