Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Nor Azah Idris hari ini membenarkan reman suspek berusia 60 tahun itu disambung bermula esok hingga 11 Februari depan.

Sementara itu, dua orang kontraktor yang ditahan kerana disyaki terlibat dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM15,000 seorang dengan seorang penjamin bagi setiap seorang.

Pengarah JPS Perlis dan dua pemilik syarikat berusia 39 dan 50 tahun sebelum ini direman selama tujuh hari mulai 30 Januari lalu hingga hari ini.

Terdahulu, pengarah berusia 60 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar kira-kira pukul 9.30 pagi diikuti dua pemilik terbabit  pada pukul 9.40 pagi ini.-UTUSAN ONLINE