Menurut sumber, pengarah negeri berusia 58 tahun itu dipercayai menggunakan jawatannya dengan mencadangkan syarikat milik anak beliau sendiri untuk Sistem Kelas Tabika Perpaduan Negeri Pulau Pinang kepada Jawatankuasa penilaian Sebutharga Perkhidmatan Sistem EDU KIDS membabitkan nilai RM45,472.

Tambahnya, pengarah berkenaan ditahan di ibu pejabat SPRM pagi tadi ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

"SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya di Mahkamah Majistret Georgetown pukul 2 petang ini dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya. - UTUSAN ONLINE