Mangsa, Rosli Basri mendakwa, kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu berlaku ketika dia dalam perjalanan ke keretanya selepas meninjau persediaan pertandingan berkenaan.

“Semasa kejadian, dua lelaki yang memakai topeng separuh muka menarik keluar kawan saya sambil mengacukan parang di leher dan saya yang berada di luar kereta berjaya melarikan diri.

“Mereka mengambil beg mengandungi wang tunai berjumlah RM51,250 yang diletakkan di bahagian belakang dalam kereta saya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Rosli, dia telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu malam semalam. - UTUSAN ONLINE