Mohammad Zahrynnazha Abdullah, 22, dan remaja lelaki yang tidak bersekolah itu hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dua tertuduh itu didakwa bersama-sama telah membunuh Tan Chi Ann, 47, di Jalan Sutera 1, Taman Sutera, Yong Peng, di sini antara pukul 12.35 pagi dan 1.21 pagi, 13 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Fariha Najwa W. Azaham dan mahkamah kemudian menetapkan 3 April depan untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE