Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, pihaknya turut merampas 36 pembalut aluminium yang setiap satunya mengandungi 10 biji dadah dipercayai Eramin 5 dianggarkan seberat 101 gram.

Katanya, suspek yang merupakan seorang penganggur itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Sri Purnama, Kangkar Tebrau, di sini pada pukul 6.20 petang, semalam.

"Suspek ditahan dalam serbuan susulan satu laporan pecah rumah yang diterima melibatkan suspek pada 1 Mei lalu," katanya. - UTUSAN ONLINE